Saturday, February 26, 2011

Bibliografi


  • Risalah Muzium Diraja Kedah, terbitan Muzium Diraja Kedah.
  • Wan Shamsuddin Wan Mohd Yusof, Wakil Persatuan Sejarah Negeri Kedah.
  • Catitan Kedah, Arkid Negara Malaysia, oleh Ibrahim hal. 157
  • Ms.wikipedia.org/wiki/masjid
  • Suzybd.blogspot.com/2009/09/abu-dzar-r.html
  • Imam Masjid Zahir
  • AJK Masjid Zahir

Penutup


KESIMPULAN
Bangunan Masjid Zahir yang tersergam indah di Pusat Bandar Alor Star membuktikan mempunyai pengaruh agama islam yang kuat dan luas sejak bertahun-tahun dahulu.Masjid ini melambangkan perpaduan yang erat dalam kalangan penduduk islam tempatan dengan penyertaan berbagai-bagai kegiatan keagamaan yang diadakan di sini.
Kita seharusnya bersama-sama berganding bahu memakmurkan masjid Zahir atau mana-mana masjid lain kerana masjid melambangkan kredibility masyarakat Islam. Jangan biarkan agama kita digadai dengan harta duniawi.
Saya berharap dengan penerangan Masjid Zahir diatas dapat membuka mata saudara-saudara Islam saya agar mendekatkan diri dengan masjid atau lebih melibatkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh masjid daripada membuat benda-benda yang tidak berfaedah.

Masjid Zahir


Aktiviti-akktiviti yang Dijalankan di Masjid Zahir


         Pada tahun 1904 Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah menubuhkan majmuk ulama untuk membantu baginda mengatasi sebarang masalah yang timbul berkaitan dengan agama Islam.Majmuk ini mengandungi dua belas orang ulama’ yang dipengerusikan oleh Haji Wan Sulaiman Bin Haji Wan Sidek,Sheikul-Islam Negeri Kedah.Sementara Haji  Abdullah Fahim(Pak Him) selaku setiausahanya.
Ulama’-ulama’ lain yang menganggotainya termasuk Syeikh Muhammad Khayat,Syeikh Jarun Derga (Haji Idris Wan Ismail),Haji Ahmad Awang,Haji Idris Air Hitam,Haji Muhammad Saman (Keramat Serban Hijau),Haji Ibrahim Paya Sena,Tuan Haji Muhamad Arif Sungai Honang dan Tuan Hussain Masir Al-Banjiri (TuanHussain Kedah).
         Majmuk ini berkumpul setiap malam jumaat di Masjid Zahir itu untuk bermuzakarah hal- hal yang berkaitan dengan agama Islam.Bagaimanapun dalam tahun 1935 majmuk ini terhenti begitu sahaja dengan kematian Haji Wan Sulaiman Haji Sidek.
         Sebagaiman yang telah diketahui baginda Sultan dan adindanya Tunku Mahmuh sangat mengambil berat dalam hal keagamaan,di mana selepas sembahyang taraweh, Yamtuan dan Tunku Mahmud sendiri pernah membaca Al-Quran.Baginda memberi galakan supaya mengadakan bacaan Al-Quran di masjid bagi mentakzimkan bulan Ramadhan Almubarak pada tiap-tiap malam dalam bulan puasa.Semenjak dari itu bermulalah sejarah perkembangan membaca Al-Quarn di Masjid Zahir.Di kedua –dua anjungnya kelihatan anak-anak jemaahnya kian bertambah.Dalam tahun 1959 masjid ini telah diperbesarkan kerana jumlah jemaah semakin ramai.
         Para qari terdiri daripada orang-orang tempatan dan juga dari Pattani,Johor,Perak,Pulau Pinang,Sumatera dan Pulau Jawa.Tujuan mereka semata-mata untuk menghayati dan mempelajari Al-Quran.Bermula dari tahun 1350H (1931M) hingga tahun 1351H (1932M),pertandingan membaca Al-Quran telah dijalankan dan diteruskan sehingga sekarang.
         Majlis pertandingan ini telah dianjurkan oleh Haji Wan Sulaiman Bin Haji Wan Sidek,Sheikul –Islam Negeri  Kedah iaitu semasa Wan Ismail menjadi Kadi Besar.Hakim-hakimnya pula terdiri daripada qari-qari yang termasyur yang diketuai oleh Sheikh Ibrahim Bin Sheikh Yusof Al-Biari,Imam Besar Masjid Zahir.Selain itu beliau juga bertugas sebagai guru Pelendit bacaan Al-Quran.
         Di samping itu,sebulan sekali Tunku Sultan,ahli-ahli majlis negeri dan para ulama’ akan bersidang untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalan sehari.Aktiviti yang dijalankan di masji tersebut sekarang termasuklah mengadakan Kelas Bimbingan Kanak-Kanak(TADIKA) selani dari kelas –kelas membaca Al-Quran atau belajar agama.Kursus-kursus lain juga diadakan seperti kursus perkahwinan untuk bakal pengantin dan penbukaan kursus haji diadakan setiap tahun di Masjid  Zahir bagi semua bakal haji di seluruh           Negeri Kedah dan dirasmikan oleh Sultan Kedah.Selepas itu semua bakal haji tersebut akan menjalani kursus di masjid di daerah masing-masing.Pihak masjid juga mengadakan ceramah-ceramah agama seperti kuliah subuh,kelas fardu ain dan kelas tauhid.
                Masjid Zahir juga mempunyai koperasi yang terletak di bahagian belakang Masjid ini. Koperasi ini telah beroperasi lebih daripada tiga tahun lepas. Tujuan koperasi ini ditubuhkan bagi memudahkan pengungjung membeli barang keperluan masing-masing. Koperasi ini juga adamenjual buku-buku ilmiah yang sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

Koperasi Masjid Zahir


Senibina Masjid Zahir


Senibina Masjid Zahir

Masjid zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124x124 kaki persegi manakala bahagian tengahnya iaitu dewan sembahyang berukuran 62x62 kaki persegi dikelilingi beranda yang mempunyai 8 kaki lebar dengan 4 anjung dan pada setiap anjung tersebut ada satu kubah. Menara kecil yang dikenali sebagai ‘Menara Serambi’ berada di atas bumbung di setiap anjung.
Menara bahagian timur pula telah diubahsuai menjadi lebih tinggi daripada menara lain. Menara utama terletak di bahagian timur laut masjid. Pada tahun 1975, beberapa bahagian masjid telah diperbaharui.
Ada pendapat menyatakan bahawa senibina Masjid Zahir ini adalah ciri-ciri senibina dari Timur-Tengah, di mana idea ini telah dibawa oleh baginda Almarhum Tun Mahmud,  setelah sekembalinya baginda dari sana.Almarhum Tunku Mahmud merupakan seorang yang amat menyintai agama Islam dan dari situlah lahirnya idea untuk membina masjid ini.
Ada juga pendapat lain yang berpandangan bahawa sebelum pelan masjid ini dirangka, satu rombongan telah dihantar oleh Tunku Mahmud ke Sumatera Utara dan Langkat untuk mencari rekabentuk masjid yang cantik dan indah di sana.
Didalam senibina sesebuah masjid, terdapat beberapa perkara asas yang perlu ada iaitu Kubah masjid,Mihrab,Mimbar,Tiang,Pintu dan Menara.Terdapat juga elemen-elemen tambahan lain bagi melengkapi fungsi sesebuah masjid.Ruang meliputi ruang untuk mengerjakan solat. Dinding ruang utama adalah ruang makmum. Ruang makmum ini terdiri daripada 4 bahagian iaitu Serambi kanan, Serambi kiri, Serambi balakang dan Ruang tengah utama.
Secara keseluruhannya, masjid ini mampu menampung seramai 2200 orang jemaah dalam satu-satu masa. Di bahagian ruang sembahyang terdapat mihrab serta mimbar. Mihrab merupakan elemen yang sangat penting bagi sesebuah masjid. Ia dibina bertujuan menunjukkan arah kiblat.
Di samping itu, terdapat juga almari yang dipenuhi dengan kitab-kitab pengajian agama dan kitab-kitab al-Quran. Di bahagian kanan belakang ruang sembahyang, terdapat sebuah tangga yang digunakan untuk naik ke atas bahagian bumbung.

Ruang Tengah Masjid Zahir


Ruang Utama Masjid Zahir


  1.  Kubah Masjid
kubah Masjid Zahir ini sangat berlainan berbanding masjid-masjid yang bercorak tradisi atau kemalayuan di Negara ini. Masjid tradisi selalunya gaya ‘atap tumpang’ yang berlapis tiga tetapi Kubah Masjid Zahir berbentuk seperti bawang. Ini merupakan hasil daripada pengaruh luar iaitu Timur Sumatera. Faktor ini menyebabkan seni bina Masjid Zahir sangat unik dan berbaza berbanding masjid-masjid lain.
                Masjid Zahir mempunyai 4 buah kubah yang menonjol. Di sekeliling kubah yang paling besar, terdapat kubah-kubah kecil yang menghiasi persekitaran kubah-kubah tersebut. Di antara keempat-empat kubah tersebut, 3 daripadanya bersaiz sederhana.
                Kubah induk yang berbentuk bawang ini terletaj diatas bahagian tengah bumbung masjid. Ianya berukuran 45kaki garis pusat dan 30 kaki tinggi. Kubah induk yang terletak diatas bahagian sembahyang ini pula diapit oleh kubah yang sederhana besar. Ketiga-tiganya terletak dibahagian serambi kanan, serambi kiri dan seframbi belakang. Manakala ukiran bagi kubah bersaiz sederhana ini adalah 16 kaki dari garis pusat dan 15 kaki tinggi.
                Bahan binaan untuk membuat kubah masjid ini terdiri daripada batu-bata manakala dibahagian luar pula diperbuat daripada tembaga dan bahagian dalamnya pula diperbuat daripada siling yang berturap. Pada asalnya ia kelihatan seakan warna kecoklatan tetapi akibat daripada perubahan cuaca telah membuatnya bertukar menjadi warna kehitam-hitaman.
                Puncak kubah berbentuk bulan sabit dimana ia menjadi simbol utama kepada senibina sesebuah masjid yang bercirikan keIslaman. Bulan sabit diletakkan tepat kearah kiblat apabila dilihat dari jarak jauh. Secara umumnya kubah besar berfungsi sebagai pemerangkap cahaya agar dapat menerangi ruang dalam masjid itu. Terdapat juga tingkap-tingkap kecil yang diperbuat daripada kaca yang bercorakkan geometri berwarna biru dan putih. Di samping itu, ia juga dapat memantulkan cahaya agar keadaan didalam masjid tidak menjadi gelap. Di dalam bahagian kubah itu terdapat corak-corak yang berwarna kebiruan dan di tengahnya perkataan ALLAH.
                Bentuk kubah yang kecil terdapat pada bahagian-bahagian lain seperti pada binaan di sekeliling masjid itu. Ini adalah bertujuan untuk mencantikkan serta mengindahkan lagi senibina masjid itu. Kubah yang bersaiz sederhana pula berfungsi sebagai petunjuk arah pintu masuk kepada orang luar dan jemaah yang datang ke masjid ini.

Masjid Zahir




     2. Mihrab

Mihrab ialah satu ruang yang berada di bahagian paling hadapan bangunan masjid yang terletak di bahagian dalam masjid. Ia merupakan tempat bagi imammengelepai jemaah untuk menunaikan solat. Kedudukan mihrab ialah mengahala kearah kiblat. Terdapat satu kelainan pada Masjid Zahir iaitu mempunyai dua mihrab yang mempunyai bentuk serta kedudukannya pula sama. Mihrab yang baru dibina yang terletak di bahagian hadapan sekali hanya akan digunakan apabila jemaah terlalu ramai terutamanya pada hari jumaat dan Hari Raya.
                Mihrab Masjid Zahir berbentuk agak melengkung kedalam kerana kurangnya pengunaan teknologi moden seperti kemudahan elektronik. Contohnya pengunaan mikrofon pada masa dahulu. Disebabkan hal ini, arkitek-arkitek pada zaman dahulu membina mihrab yang melengkung kerana ia akan memantulkan suara imam sehingga dapat didengar oleh semua para jemmah yang hadir.
                Terdapat juga ukiran-ukiran yang menarik pada mihrab. Ukiran-ukiran ini diperbuat daripada batu yang bercorak geometri dan kulit kerang. Terdapat juga tulisan Khat’ yang diukir diatas kayu keras yang mengindahkan lagi senibina mihrab tersebut. Dikiri dan kanan mihrab pula terdapat ukiran bunga yang berbentuk geometri yang diukir diatas kayu keras juga.


    3. Mimbar

Mimbar terletak di sebelah kanan mihrab iaitu di bahagian kanan di penjuru ruang makmum. Mimbar masjid adalah salah satu elemen senibina yang penting. Mimbar masjid ini merupakan mimbar asal sejak ia mula dibina lagi.
Ia dihasilkan oleh tukang kayu tempatan yang dapat memperlihatkan hasil ukiran tangan yang berkonsepkan hasil kesenian Melayu. Mimbar ini diperbuat daripada kayu yang keras sehingga ke tingkat dua dan kerana itulah ia dapat bertahan sehingga ke hari ini. Rekabentuk biasanya sangat halus dan unik. Ianya menggunakan konsep hasil gabungan ukiran bunga-bungan serta tumbuh-tumbuhan . kesemua ini diadunkan pula dengan bentuk-bentuk geometri agar kelihatan lebih menarik. Hasil seni ini diperbuat dengan penuh ketelitian. Warnanya yang coklat masih lagi terserlah dengan ukiran yang amat menarik.
                Mimbar ini dibina bertujuan untuk imam atau khatib naik keatas mimbar dan membaca khutbah pada hari Jumaat, Hari Raya AidilFitri serta Hari Raya AidilAdha.



Mimbar Masjid Zahir


     4. Tiang

Masjid zahir ini merupakan masjid yang mempunyai tiang yang agak banyak.terdapat kira-kira 261 batang tiang secara keseluruhannya. Tiang-tiang ini diperbuat daripada batu-bata dan simen. Arkitek Masjid Zahir ini kebanyakkanya dipengaruhi dengan senibina masjid dari India yang gemar menggunakan tiang yang banyak.
Terdapat 4 jenis tiang di sekeliling Masjid Zahir ini iaitu tiang tanpa kembar, tiang berkembar dua, tiang berkembar tiga dan tiang berkembar empat. Jenis tiang adalah berbeza dan ditentukan oleh fungsi masing-masing.
                Tiang tanpa kembar terletak di bahagian koridor. Jarak diantara satu tiang dengan satu tiang yang lain ialah 6 kaki 7 inci manakala di bahagian koridor sebelah kiri, jarak diantaranya ialah diantara 6 hingga 8 kaki. Dibahagian ruang utama pula jarak diantara satu sama lain dengan yang lain ialah 33 kaki. Saiz diameter bagi setiap tiang ialah sepemeluk.
                Tiang berkembar empat digunakan untuk menahan berat dari kubah besar itu. Binaannya diambil daripada bentuk ‘Corinthian’ iaitu daripada senibina Greek yang merupakan ciptaan terakhir yang dicipta dan paling lengkap. Bentuk-bentuk yang terdapat pada tiang ini terdiri daripada satu tiang panjang dengan dasar yang lebar. Ia dihias dengan ukiran daun ‘Acacthus’ ataupun konsep flora. Penggunaan tiang yang banyak bertujuna untuk menguatkan lagi struktur masjid ini.
Terdapat banyak tiang disepanjang koridor yang baru dibina. Ia bertujuan untuk menahan koridor yang dibina daripada tempias air hujan dan cahaya matahari.



Tiang Masjid Zahir




    5. Pintu

Terdapat 3 pintu besar yang terdapat di masjid zahir ini. Ia terletak dibahagian sayap kanan masjid, sayap kiri masjid, dan dihadapan masjid. Pintu ini merupakan pintu yang asal sejak masjid ini dibina. Ia diperbuat daripada kayu cengal dan tembaga manakal ketinggiannya pula mencecah 10 kaki. Ukiran yang terdapat pada pintu ini merupakan ukiran yang diukir oleh pengukir yang kreatif dimana terdapat corak yang kreatif dan sangat menarik.


Pintu Utama Masjid Zahir


   6. Menara

                Masjid-masjid Melayu yang dibina pada masa dahulu tidak ada menara pada senibinanya. Lain pula pada Masjid Zahir kerana ianya dipengaruhi dengan senibina daripada Timur Tengah dan India. Hasilnya masjid ini mempunyai menara sejak ia mula dibina lagi.
Menara di Masjid Zahir ini berfungsi sebagai tempat untuk Muaazzin ataupun Bilal melaungkan azan. Ianya berbentuk moden dan terletak dibahagian kanan ruang induk sembahyang.
                Ianya diperbuat daripada batu-bata dan dicat dengan warna putih dan coklat pada bahagian puncak menara itu. Menara itu berbentuk seakan payung kucup dibahagian puncaknya. Terdapat tingkap-tingkap kecil pada bahagian tiang menara itu. Tingkap itu bertujuan untuk memerangkap cahaya disamping memantulkan suara azan ke kawasan sekitar. Terdapat juga ukiran batu yang bercorak geometri yang turut menyerlahkan lagi rekabentuk menara itu.

Menara Masjid Zahir






   8.Kuartes Pegawai-Pegawai Masjid Zahir

Masid Zahir juga ada mnyediakan kuarters bagi pegawai-pegawai masjid Zahir. ini bagi memudahkan mereka menguruskan masjid ini. lokasi kuartes ini hanya bersebelahan kanan hadapan masjid.Kuarters ini mempunyai 4 buah rumah sederhana besar untuk imam masjid, bilal masjid, ajk masjid serta pengawal keselamatan masjid. 








Sejarah Masjid Zahir


Masjid Zahir di bina pada 11 Mac 1912-1915 diatas daya usaha Almarhum Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukkaram Shah, Presiden Majlis pada ketika itu. Pembinaannya mengambil masa selama 3 tahun. Masjid ini juga telah dirasmikan oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah  pada hari Jumaat bersamaan 15 Oktober 1915. Di majlis itu juga, Tunku Mahmud yang merupakan adinda Sultan telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah berkenan mengimamkan solat Jumaat. Nama Masjid Zahir ini diambil dari Bahasa Arab yang membawa makna Putih.
                Ahli-ahli majlis ketika itu ialah Tunku Ibrahim Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Syed Hassan Shahabuddin yang merupakan Hakim Besar ketika itu, Muhammad Ariffin bin Muhammad Arshad yang bertugas sebagai Setiausaha Kerajaan, W.C. Maxwell iaitu Penasihat British dan J.German sebagai Jurutera Negeri.
Masjid Zahir yang terletak di pinggir Lebuhraya Darulaman, Bakar Bata, Alor Setar dianggap salah sebuah Masjid yang tercantik di Malaysia dan merupakan masjid yang tertua di Kedah. Lokasinya amat strategik yang terletak bersebelahan Sungai Kedah kerana memudahkan pedagang-pedagang bersolat. Masjid ini dibina atas tapak asal Sultan Mohammad Jiwa Zainol Abidin Muadzam Shah II dan ianya dikelilingi kubur pejuang-pejuang yang telah mati syahid di medan perang semasa berlakunya peperangan antara Siam dan Kedah pada tahun 1821.
                Berhampiran masjid ini terdapat Istana Kota Setar atau dikenali juga sebagai Istana Pelamin dan sekarang ini dijadikan Muzium Diraja Kedah. Pembinaanya hampir serentak dengan Masjid Lama , Balai Nobat dan Balai Besar iaitu dalam tahun 1736 oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainol Abidin II. Pada waktu dahulu nobat akan dibunyikan di Balai Nobat sebelum azan Jumaat yang pertama kerana Almarhum Sultan akan berangkat ke Masjid ini untuk sembahyang Jumaat tetapi pada masa kini, permainan nobat ini telah dimansuhkan.
                Rekabentuk masjid ini menyerupai bentuk beberapa masjid yang terdapat di Sumatera Utara seperti Masjid Aziz di Kota Tanjung Pura iaitu pusat pemerintahan Kesultanan Langkat. Di perkarangan masjid ini di kelilingi oleh meriam-meriam yang diambil dari kota-kota Kuala Kedah dan diletakkan di laluan Sultan iaitu di sebelah kanan masjid sebelum ke bilik rehat sultan. Pembinaan masjid ini direkabentuk dengan pengamatan masa kini. Terdapat bilik rehat sultan, pejabat imam dan bilal serta penghulu atau nazir masjid sejak 1912 lagi. Mengikut sejarah, Masjid Zahir asal adalah masjid tanpa sayap kiri.







Pendapat Sarjana


Menurut sejarawan Muslim, sebuah kota yang ditaklukkan tanpa perlawanan dari penduduknya, maka pasukan Muslim memperbolehkan penduduk untuk tetap mempergunakan gereja dan sinagog (kuil Yahudi) mereka. Tapi, ada beberapa gereja dan sinagog yang beralih fungsi menjadi sebuah masjid dengan persetujuan dari tokoh agama setempat. Misal pada perubahan fungsi Masjid Umayyah, dimana khalifah Bani Umayyah, Abdul Malik mengambil gereja Santo Yohannes pada tahun 705 dari Umat Kristian. Kesultanan Uthmaniyah juga melakukan alih fungsi terhadap beberapa gereja, biara dan kapel di Istanbul, termasuk gereja terbesar Ayasofya yang dirubah menjadi masjid, setelah kejatuhan kota Konstantinopel pada tahun 1453 oleh Muhammad al-Fatih. Beberapa masjid lainnya juga didirikan di daerah suci milik Yahudi dan Kristen, seperti di Yerussalem.Penguasa Muslim di India juga membangun masjid hanya untuk memenuhi tugas mereka di bidang agama.
Sebaliknya, masjid juga dialih fungsikan menjadi tempat ibadah yang lain, seperti gereja. Hal ini dilakukan oleh umat Kristian di Sepanyol yang merubah fungsi masjid di selatan Sepanyol menjadi katedral, mengikuti keruntuhan kekuasaan Bani Umayyah di selatan Spanyol. Masjid Agung Kordoba sekarang dialih fungsikan menjadi sebuah gereja. Beberapa masjid di kawasan Semenanjung Iberia, Eropah Selatan dan India juga dialih fungsikan menjadi gereja atau pura setelah kekuasaan Islam tidak berkuasa lagi.

Dalil daripada al-Quran dan Hadis


Dalil daripada al-Quran

7:29. Katakanlah, "Pemeliharaku memerintahkan supaya membuat keadilan. Tegakkanlah muka-muka di setiap masjid, dan berserulah kepada-Nya dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya. Sebagaimana Dia memulakan mencipta kamu begitulah kamu akan dikembalikan

7:31. Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu membazir; Dia tidak menyukai orang-orang yang membazir.

Dalil daripada Hadith
Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".
Keterangan
Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.~
~H.R Abu Daud