Saturday, February 26, 2011

Aktiviti-akktiviti yang Dijalankan di Masjid Zahir


         Pada tahun 1904 Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah menubuhkan majmuk ulama untuk membantu baginda mengatasi sebarang masalah yang timbul berkaitan dengan agama Islam.Majmuk ini mengandungi dua belas orang ulama’ yang dipengerusikan oleh Haji Wan Sulaiman Bin Haji Wan Sidek,Sheikul-Islam Negeri Kedah.Sementara Haji  Abdullah Fahim(Pak Him) selaku setiausahanya.
Ulama’-ulama’ lain yang menganggotainya termasuk Syeikh Muhammad Khayat,Syeikh Jarun Derga (Haji Idris Wan Ismail),Haji Ahmad Awang,Haji Idris Air Hitam,Haji Muhammad Saman (Keramat Serban Hijau),Haji Ibrahim Paya Sena,Tuan Haji Muhamad Arif Sungai Honang dan Tuan Hussain Masir Al-Banjiri (TuanHussain Kedah).
         Majmuk ini berkumpul setiap malam jumaat di Masjid Zahir itu untuk bermuzakarah hal- hal yang berkaitan dengan agama Islam.Bagaimanapun dalam tahun 1935 majmuk ini terhenti begitu sahaja dengan kematian Haji Wan Sulaiman Haji Sidek.
         Sebagaiman yang telah diketahui baginda Sultan dan adindanya Tunku Mahmuh sangat mengambil berat dalam hal keagamaan,di mana selepas sembahyang taraweh, Yamtuan dan Tunku Mahmud sendiri pernah membaca Al-Quran.Baginda memberi galakan supaya mengadakan bacaan Al-Quran di masjid bagi mentakzimkan bulan Ramadhan Almubarak pada tiap-tiap malam dalam bulan puasa.Semenjak dari itu bermulalah sejarah perkembangan membaca Al-Quarn di Masjid Zahir.Di kedua –dua anjungnya kelihatan anak-anak jemaahnya kian bertambah.Dalam tahun 1959 masjid ini telah diperbesarkan kerana jumlah jemaah semakin ramai.
         Para qari terdiri daripada orang-orang tempatan dan juga dari Pattani,Johor,Perak,Pulau Pinang,Sumatera dan Pulau Jawa.Tujuan mereka semata-mata untuk menghayati dan mempelajari Al-Quran.Bermula dari tahun 1350H (1931M) hingga tahun 1351H (1932M),pertandingan membaca Al-Quran telah dijalankan dan diteruskan sehingga sekarang.
         Majlis pertandingan ini telah dianjurkan oleh Haji Wan Sulaiman Bin Haji Wan Sidek,Sheikul –Islam Negeri  Kedah iaitu semasa Wan Ismail menjadi Kadi Besar.Hakim-hakimnya pula terdiri daripada qari-qari yang termasyur yang diketuai oleh Sheikh Ibrahim Bin Sheikh Yusof Al-Biari,Imam Besar Masjid Zahir.Selain itu beliau juga bertugas sebagai guru Pelendit bacaan Al-Quran.
         Di samping itu,sebulan sekali Tunku Sultan,ahli-ahli majlis negeri dan para ulama’ akan bersidang untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalan sehari.Aktiviti yang dijalankan di masji tersebut sekarang termasuklah mengadakan Kelas Bimbingan Kanak-Kanak(TADIKA) selani dari kelas –kelas membaca Al-Quran atau belajar agama.Kursus-kursus lain juga diadakan seperti kursus perkahwinan untuk bakal pengantin dan penbukaan kursus haji diadakan setiap tahun di Masjid  Zahir bagi semua bakal haji di seluruh           Negeri Kedah dan dirasmikan oleh Sultan Kedah.Selepas itu semua bakal haji tersebut akan menjalani kursus di masjid di daerah masing-masing.Pihak masjid juga mengadakan ceramah-ceramah agama seperti kuliah subuh,kelas fardu ain dan kelas tauhid.
                Masjid Zahir juga mempunyai koperasi yang terletak di bahagian belakang Masjid ini. Koperasi ini telah beroperasi lebih daripada tiga tahun lepas. Tujuan koperasi ini ditubuhkan bagi memudahkan pengungjung membeli barang keperluan masing-masing. Koperasi ini juga adamenjual buku-buku ilmiah yang sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

Koperasi Masjid Zahir


No comments:

Post a Comment

Post a Comment