Friday, February 25, 2011

Pendahaluan


Pendahuluan

ALHAMDULILLAH. Syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya diberi kekuatan,masa,akal fikiran untuk menyempurnakan tugasan agama yang diarahkan kepada saya. Dengan tugasan yang diberi oleh ustaz ini,saya telah menimba banyak pengalaman dan juga memperolehi banyak ilmu berkaitan tajuk tugasan ini. Banyak yang saya pelajari semasa menjalankan tugasan ini.

Terdapat empat buah tajuk dalam menulis esei CTU151 dan saya dikehendaki memilih salah satu tajuk dibawah.

  1. Sejarah penubuhan dan kegiatan masjid kariah anda.
  2. Sejarah dan kegiatan surau taman atau kariah anda.
  3. Sejarah seorang tokoh agama di kariah anda.
  4. Sejarah seorang saudara baru (mualaf) di kariah anda dan peranannya dalam dakwah. 


Setelah berfikir panjang dan teliti saya memilih tajuk yang pertama bagi tugasan esei CTU 151 ini. Hal ini adalah kerana tajuk ini adalah yang paling mudah bagi saya jika dibandingkan dengan tajuk-tajuk yang lain. Walaupun Masjid ini agak jauh dari rumah saya, tetapi saya yakin saya mampu menyiapkan tugasan yang diberi Saya telah memilih Masjid Zahir sebagai bahan kerja saya untuk tajuk yang telah saya pilih iaitu Sejarah penubuhan dan kegiatan masjid kariah anda. Masjid ini terletak Alor Star Kedah. Saya memilih masjid ini kerana senibinanya yang unik berbanding masjid-masjid lain. Masjid Zahir merupakan Masjid Negeri. Saya telah menemu ramah imam besar masjid ini serta beberapa ajk masjid ini dan telah mendapati beberapa maklumat berkaitan dengan masjid ini.

Tujuan saya menulis esei ini adalah untuk mengenal pasti serta mendalami beberapa aspek iaitu:

  • Sejarah penubuhan masjid Zahir
  • Senibina Masjid Zahir.
  • Keistimewaan masjid Zahir.
  • Kemudahan-kemudahan yang disediakan pihak masjid Zahir
  • Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pihak masjid Zahir.


Saya berharap hasil daripada tugasan dapat memberi maklumat tentang Masjid Zahir serta menceritakan tentang keindahan dan keunikan masjid ini . sesungguhnya masjid adalah sebuah tempat yang suci dan merupakan tempat yang paling sesuai untuk melakukan ibadah terutamanya solat lima waktu berjemaah. Saya juga berharap saudara-saudara seIslam saya yang lain lebih tertarik untuk pergi ke masjid.



No comments:

Post a Comment