Saturday, February 26, 2011

Senibina Masjid Zahir


Senibina Masjid Zahir

Masjid zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124x124 kaki persegi manakala bahagian tengahnya iaitu dewan sembahyang berukuran 62x62 kaki persegi dikelilingi beranda yang mempunyai 8 kaki lebar dengan 4 anjung dan pada setiap anjung tersebut ada satu kubah. Menara kecil yang dikenali sebagai ‘Menara Serambi’ berada di atas bumbung di setiap anjung.
Menara bahagian timur pula telah diubahsuai menjadi lebih tinggi daripada menara lain. Menara utama terletak di bahagian timur laut masjid. Pada tahun 1975, beberapa bahagian masjid telah diperbaharui.
Ada pendapat menyatakan bahawa senibina Masjid Zahir ini adalah ciri-ciri senibina dari Timur-Tengah, di mana idea ini telah dibawa oleh baginda Almarhum Tun Mahmud,  setelah sekembalinya baginda dari sana.Almarhum Tunku Mahmud merupakan seorang yang amat menyintai agama Islam dan dari situlah lahirnya idea untuk membina masjid ini.
Ada juga pendapat lain yang berpandangan bahawa sebelum pelan masjid ini dirangka, satu rombongan telah dihantar oleh Tunku Mahmud ke Sumatera Utara dan Langkat untuk mencari rekabentuk masjid yang cantik dan indah di sana.
Didalam senibina sesebuah masjid, terdapat beberapa perkara asas yang perlu ada iaitu Kubah masjid,Mihrab,Mimbar,Tiang,Pintu dan Menara.Terdapat juga elemen-elemen tambahan lain bagi melengkapi fungsi sesebuah masjid.Ruang meliputi ruang untuk mengerjakan solat. Dinding ruang utama adalah ruang makmum. Ruang makmum ini terdiri daripada 4 bahagian iaitu Serambi kanan, Serambi kiri, Serambi balakang dan Ruang tengah utama.
Secara keseluruhannya, masjid ini mampu menampung seramai 2200 orang jemaah dalam satu-satu masa. Di bahagian ruang sembahyang terdapat mihrab serta mimbar. Mihrab merupakan elemen yang sangat penting bagi sesebuah masjid. Ia dibina bertujuan menunjukkan arah kiblat.
Di samping itu, terdapat juga almari yang dipenuhi dengan kitab-kitab pengajian agama dan kitab-kitab al-Quran. Di bahagian kanan belakang ruang sembahyang, terdapat sebuah tangga yang digunakan untuk naik ke atas bahagian bumbung.

Ruang Tengah Masjid Zahir


Ruang Utama Masjid Zahir


  1.  Kubah Masjid
kubah Masjid Zahir ini sangat berlainan berbanding masjid-masjid yang bercorak tradisi atau kemalayuan di Negara ini. Masjid tradisi selalunya gaya ‘atap tumpang’ yang berlapis tiga tetapi Kubah Masjid Zahir berbentuk seperti bawang. Ini merupakan hasil daripada pengaruh luar iaitu Timur Sumatera. Faktor ini menyebabkan seni bina Masjid Zahir sangat unik dan berbaza berbanding masjid-masjid lain.
                Masjid Zahir mempunyai 4 buah kubah yang menonjol. Di sekeliling kubah yang paling besar, terdapat kubah-kubah kecil yang menghiasi persekitaran kubah-kubah tersebut. Di antara keempat-empat kubah tersebut, 3 daripadanya bersaiz sederhana.
                Kubah induk yang berbentuk bawang ini terletaj diatas bahagian tengah bumbung masjid. Ianya berukuran 45kaki garis pusat dan 30 kaki tinggi. Kubah induk yang terletak diatas bahagian sembahyang ini pula diapit oleh kubah yang sederhana besar. Ketiga-tiganya terletak dibahagian serambi kanan, serambi kiri dan seframbi belakang. Manakala ukiran bagi kubah bersaiz sederhana ini adalah 16 kaki dari garis pusat dan 15 kaki tinggi.
                Bahan binaan untuk membuat kubah masjid ini terdiri daripada batu-bata manakala dibahagian luar pula diperbuat daripada tembaga dan bahagian dalamnya pula diperbuat daripada siling yang berturap. Pada asalnya ia kelihatan seakan warna kecoklatan tetapi akibat daripada perubahan cuaca telah membuatnya bertukar menjadi warna kehitam-hitaman.
                Puncak kubah berbentuk bulan sabit dimana ia menjadi simbol utama kepada senibina sesebuah masjid yang bercirikan keIslaman. Bulan sabit diletakkan tepat kearah kiblat apabila dilihat dari jarak jauh. Secara umumnya kubah besar berfungsi sebagai pemerangkap cahaya agar dapat menerangi ruang dalam masjid itu. Terdapat juga tingkap-tingkap kecil yang diperbuat daripada kaca yang bercorakkan geometri berwarna biru dan putih. Di samping itu, ia juga dapat memantulkan cahaya agar keadaan didalam masjid tidak menjadi gelap. Di dalam bahagian kubah itu terdapat corak-corak yang berwarna kebiruan dan di tengahnya perkataan ALLAH.
                Bentuk kubah yang kecil terdapat pada bahagian-bahagian lain seperti pada binaan di sekeliling masjid itu. Ini adalah bertujuan untuk mencantikkan serta mengindahkan lagi senibina masjid itu. Kubah yang bersaiz sederhana pula berfungsi sebagai petunjuk arah pintu masuk kepada orang luar dan jemaah yang datang ke masjid ini.

Masjid Zahir




     2. Mihrab

Mihrab ialah satu ruang yang berada di bahagian paling hadapan bangunan masjid yang terletak di bahagian dalam masjid. Ia merupakan tempat bagi imammengelepai jemaah untuk menunaikan solat. Kedudukan mihrab ialah mengahala kearah kiblat. Terdapat satu kelainan pada Masjid Zahir iaitu mempunyai dua mihrab yang mempunyai bentuk serta kedudukannya pula sama. Mihrab yang baru dibina yang terletak di bahagian hadapan sekali hanya akan digunakan apabila jemaah terlalu ramai terutamanya pada hari jumaat dan Hari Raya.
                Mihrab Masjid Zahir berbentuk agak melengkung kedalam kerana kurangnya pengunaan teknologi moden seperti kemudahan elektronik. Contohnya pengunaan mikrofon pada masa dahulu. Disebabkan hal ini, arkitek-arkitek pada zaman dahulu membina mihrab yang melengkung kerana ia akan memantulkan suara imam sehingga dapat didengar oleh semua para jemmah yang hadir.
                Terdapat juga ukiran-ukiran yang menarik pada mihrab. Ukiran-ukiran ini diperbuat daripada batu yang bercorak geometri dan kulit kerang. Terdapat juga tulisan Khat’ yang diukir diatas kayu keras yang mengindahkan lagi senibina mihrab tersebut. Dikiri dan kanan mihrab pula terdapat ukiran bunga yang berbentuk geometri yang diukir diatas kayu keras juga.


    3. Mimbar

Mimbar terletak di sebelah kanan mihrab iaitu di bahagian kanan di penjuru ruang makmum. Mimbar masjid adalah salah satu elemen senibina yang penting. Mimbar masjid ini merupakan mimbar asal sejak ia mula dibina lagi.
Ia dihasilkan oleh tukang kayu tempatan yang dapat memperlihatkan hasil ukiran tangan yang berkonsepkan hasil kesenian Melayu. Mimbar ini diperbuat daripada kayu yang keras sehingga ke tingkat dua dan kerana itulah ia dapat bertahan sehingga ke hari ini. Rekabentuk biasanya sangat halus dan unik. Ianya menggunakan konsep hasil gabungan ukiran bunga-bungan serta tumbuh-tumbuhan . kesemua ini diadunkan pula dengan bentuk-bentuk geometri agar kelihatan lebih menarik. Hasil seni ini diperbuat dengan penuh ketelitian. Warnanya yang coklat masih lagi terserlah dengan ukiran yang amat menarik.
                Mimbar ini dibina bertujuan untuk imam atau khatib naik keatas mimbar dan membaca khutbah pada hari Jumaat, Hari Raya AidilFitri serta Hari Raya AidilAdha.



Mimbar Masjid Zahir


     4. Tiang

Masjid zahir ini merupakan masjid yang mempunyai tiang yang agak banyak.terdapat kira-kira 261 batang tiang secara keseluruhannya. Tiang-tiang ini diperbuat daripada batu-bata dan simen. Arkitek Masjid Zahir ini kebanyakkanya dipengaruhi dengan senibina masjid dari India yang gemar menggunakan tiang yang banyak.
Terdapat 4 jenis tiang di sekeliling Masjid Zahir ini iaitu tiang tanpa kembar, tiang berkembar dua, tiang berkembar tiga dan tiang berkembar empat. Jenis tiang adalah berbeza dan ditentukan oleh fungsi masing-masing.
                Tiang tanpa kembar terletak di bahagian koridor. Jarak diantara satu tiang dengan satu tiang yang lain ialah 6 kaki 7 inci manakala di bahagian koridor sebelah kiri, jarak diantaranya ialah diantara 6 hingga 8 kaki. Dibahagian ruang utama pula jarak diantara satu sama lain dengan yang lain ialah 33 kaki. Saiz diameter bagi setiap tiang ialah sepemeluk.
                Tiang berkembar empat digunakan untuk menahan berat dari kubah besar itu. Binaannya diambil daripada bentuk ‘Corinthian’ iaitu daripada senibina Greek yang merupakan ciptaan terakhir yang dicipta dan paling lengkap. Bentuk-bentuk yang terdapat pada tiang ini terdiri daripada satu tiang panjang dengan dasar yang lebar. Ia dihias dengan ukiran daun ‘Acacthus’ ataupun konsep flora. Penggunaan tiang yang banyak bertujuna untuk menguatkan lagi struktur masjid ini.
Terdapat banyak tiang disepanjang koridor yang baru dibina. Ia bertujuan untuk menahan koridor yang dibina daripada tempias air hujan dan cahaya matahari.



Tiang Masjid Zahir




    5. Pintu

Terdapat 3 pintu besar yang terdapat di masjid zahir ini. Ia terletak dibahagian sayap kanan masjid, sayap kiri masjid, dan dihadapan masjid. Pintu ini merupakan pintu yang asal sejak masjid ini dibina. Ia diperbuat daripada kayu cengal dan tembaga manakal ketinggiannya pula mencecah 10 kaki. Ukiran yang terdapat pada pintu ini merupakan ukiran yang diukir oleh pengukir yang kreatif dimana terdapat corak yang kreatif dan sangat menarik.


Pintu Utama Masjid Zahir


   6. Menara

                Masjid-masjid Melayu yang dibina pada masa dahulu tidak ada menara pada senibinanya. Lain pula pada Masjid Zahir kerana ianya dipengaruhi dengan senibina daripada Timur Tengah dan India. Hasilnya masjid ini mempunyai menara sejak ia mula dibina lagi.
Menara di Masjid Zahir ini berfungsi sebagai tempat untuk Muaazzin ataupun Bilal melaungkan azan. Ianya berbentuk moden dan terletak dibahagian kanan ruang induk sembahyang.
                Ianya diperbuat daripada batu-bata dan dicat dengan warna putih dan coklat pada bahagian puncak menara itu. Menara itu berbentuk seakan payung kucup dibahagian puncaknya. Terdapat tingkap-tingkap kecil pada bahagian tiang menara itu. Tingkap itu bertujuan untuk memerangkap cahaya disamping memantulkan suara azan ke kawasan sekitar. Terdapat juga ukiran batu yang bercorak geometri yang turut menyerlahkan lagi rekabentuk menara itu.

Menara Masjid Zahir






   8.Kuartes Pegawai-Pegawai Masjid Zahir

Masid Zahir juga ada mnyediakan kuarters bagi pegawai-pegawai masjid Zahir. ini bagi memudahkan mereka menguruskan masjid ini. lokasi kuartes ini hanya bersebelahan kanan hadapan masjid.Kuarters ini mempunyai 4 buah rumah sederhana besar untuk imam masjid, bilal masjid, ajk masjid serta pengawal keselamatan masjid. 








7 comments:

  1. boleh x terangkan pasal architecture utk arabes

    ReplyDelete
  2. blh tk beritahu darimana rujukan tersebut ...sebb sy kena buat tesis berkenaan tajuk ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii awak proceed tak thesis tu? Amik mana yer rujukan

      Delete
    2. Saya berkemungkinan tahu siapakah keturunan arkitek yang pergi bersama rombongan ke sumatera sebab saya telah bertemu keturunan mereka. Wassap saya 0108116625

      Delete
  3. Assalamualaikum boleh tahu x siapa ahli2 rombongan yg pergi ke sumatera khususnya org yg telah melakar rekabentuk itu

    ReplyDelete
  4. Moyang saya salah seorang yg terlibat dalam melukis pelan masjid, dan bersama2 dengan rombongan ke masjid langkat sumatera, bleh hubungi saya 01121406880

    ReplyDelete